fbpx

EPL: Tambah sukar Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ dilapor kembali mengalami kecederaan apabila berdepan masalah bahagian betis pada sesi latihan pasukannya. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag terus berdepan kesukaran apabila dua pemain tonggaknya terpaksa diketepikan ketika berdepan tempoh terakhir untuk memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Menjelang aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok, United kehilangan khidmat dua pemain pertahanan mereka, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof untuk tempoh sebulan.

Martinez yang kembali daripada kecederaan lutut selepas berehat hampir dua bulan kembali ke bilik rawatan apabila mengalami kecederaan betis pada sesi latihan sekali gus menyaksikannya terlepas sebahagian besar saingan musim ini.

United turut mengesahkan bahawa mereka juga tidak dapat menggunakan khidmat rakan seposisi Martinez, Lindelof sehingga bulan depan apabila mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Brentford.

“Dua pemain pertahanan tengah United terlepas aksi untuk tempoh sebulan ekoran kecederaan yang dialami. Lindelof dikeluarkan pada babak kedua ketika menentang Brentford ekoran masalah hamstring.

“Dia digantikan dengan Martinez pada minit ke-69 yang membuat kemunculan pertama sejak Februari, namun malangnya dia juga terpaksa diketepikan selepas berdepan isu pada bahagian betis ketika sesi latihan dan bakal terlepas beberapa perlawanan,” menurut kenyataan kelab itu.

Kehilangan dua pemain tersebut memberi tamparan hebat buat The Red Devils yang sedang berusaha untuk meraih sebanyak mungkin mata pada baki sembilan perlawanan musim ini apabila mereka ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa yang berada di kedudukan keempat liga.

Martinez hanya mampu membuat 11 penampilan bersama United musim ini, manakala Lindelof pula sudah beraksi sebanyak 27 perlawanan dan mereka juga bakal terlepas tugasan penting bersama United ketika bakal melayan kunjungan Liverpool di Old Trafford pada Ahad nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI