fbpx
MARTINEZ dan Alvarez membentuk persaingan yang cukup hebat hingga menyukarkan Scaloni untuk membuat pilihan. - AFP

Piala Dunia 2026: Scaloni pening pilih penggempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Ketua Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni kini berdepan dilema besar menjelang aksi kedua Kumpulan J Piala Dunia 2026 menentang Austria apabila terpaksa memilih antara dua penyerang utamanya, Lautaro Martinez dan Julian Alvarez.

Selepas juara bertahan itu membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Algeria, persaingan untuk mengisi posisi penggempur utama kembali hangat apabila kedua-dua pemain menunjukkan kemampuan tersendiri.

Martinez diberi kepercayaan untuk memulakan aksi pertama sebelum digantikan Alvarez pada minit ke-55, sekali gus menghidupkan semula perdebatan mengenai siapa lebih layak mengetuai jentera serangan La Albiceleste.

Scaloni menjelaskan setiap keputusan yang dibuat adalah demi memastikan pasukan berfungsi dengan lebih baik dan bukan berdasarkan reputasi semata-mata.

“Jurulatih sentiasa perlu membuat keputusan siapa yang bermain, siapa yang tidak dan siapa yang masuk atau keluar. Semua pemain mahu beraksi, tetapi membentuk pasukan memerlukan 11 pemain dan kami sentiasa mencari kombinasi terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Alvarez dilihat sebagai pilihan utama menjelang kejohanan, namun Scaloni memilih Martinez ketika menentang Algeria selain memuji sumbangan fizikal pemain Inter Milan itu sepanjang perlawanan.

Bekas penjaga gol Argentina, Carlos Navarro Montoya menyifatkan persaingan antara kedua-dua penyerang itu sebagai sesuatu yang positif kerana ia membuktikan kualiti dimiliki skuad juara dunia tersebut.

“Martinez ialah penyudah yang sangat baik dan lebih berperanan sebagai penyerang dalam kotak penalti, manakala Julian bukan sahaja mampu menjaringkan gol, tetapi turut banyak membantu permainan di luar kotak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN