fbpx
RONALDO

Piala Dunia 2026: Ronaldo kekal sandaran Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Portugal enggan mengedahkan kritikan hebat yang dilemparkan kepada kaptennya, Cristiano Ronaldo apabila dilabel sebagai beban buat pasukan itu.

Aksi hambar yang dipamerkan bintang sensasi itu ketika aksi pertama yang menyaksikan Portugal sekadar terikat 1-1 menentang Congo menyebabkan Ronaldo menjadi mangsa kecaman apabila gagal melakukan sebarang percubaan sepanjang 90 minit aksi.

Pemain sayap Portugal, Francisco Conceicao menjelaskan, Ronaldo akan kekal menjadi watak penting untuk memacu pasukan raih kemenangan ke atas Uzbekistan di Stadium Houston, awal pagi esok.

Menurutnya, Ronaldo juga sama seperti pemain lain yang memerlukan bantuan daripada rakan sepasukan, perlu bekerja secara kolektif dan Portugal bukanlah pasukan yang bersandarkan kepada kualiti individu semata-mata.

“Kami tidak rasa yang kami perlu sentiasa menghantar bola kepadanya. Saya akan menghantar bola kepada mana-mana pemain yang berada pada posisi terbaik dan tidak dikawal.

“Cristiano adalah contoh terbaik kerana dia sentiasa dahagakan kejayaan walaupun sudah berusia 41 tahun. Dia berada di sini untuk membantu pasukan seperti pemain lain,” katanya.

Sebelum ini, pengurus pasukan, Roberto Martinez dikritik hebat kerana didakwa tidak berani mengeluarkan Ronaldo biarpun tidak mampu memberi impak besar hingga terikat menentang Congo pada perlawanan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN