fbpx

Penjawat awam di Kelantan terima bonus Aidilfitri RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (tengah) semasa mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum sambutan 1 Syawal.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah.

Menurutnya, pemberian bantuan khas kewangan itum bagi menghargai jasa semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Kerjaan negeri juga memberikan bayaran penghargaan pada kadar RM250 kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras pembangunan armalah.

“Bayaran penghargaan akan turut diberikan kepada guru pondok, guru al-Quran, guru fardu ain dan guru jahitan atau mudarribah,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 adalah sebanyak RM5.3 juta.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan turut bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa bagi seluruh negeri ini pada hari Selasa depan iaitu 9 April atau bersamaan 29 Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI