fbpx

Tudung buaya tarik perhatian orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan tudung tersebut berbentuk mulut buaya lengkap dengan gigi serta mata. – TikTok

JAKARTA – Satu rekaan tudung untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri menarik  perhatian netizen  Indonesia kerana  bahagian hadapannya berbentuk mulut buaya, lapor portal berita Okezone semalam.

Gambar tudung yang dipakaikan pada patung cendana serta dijual di sebuah pusat beli-belah itu dikongsi di platform TikTok.

Menampilkan warna hijau zaitun dan coklat muda kekuningan, rekaan tudung tersebut berbentuk lengkap dengan gigi serta mata buaya.

“Bagi yang mahu membeli tudung untuk hari lebaran nanti, inilah tudung anti badai,” kata keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagus, secara automatik bebas daripada pertanyaan ‘bila mahu kahwin’,” kata seorang netizen.

“Dapat melindungi wajah anda daripada sinaran ultraungu,” kata pengguna media sosiallain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI