fbpx

Konvoi kapal kedua hantar bantuan belayar ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal bantuan menghantar bekalan makanan ke Gaza - AFP

BANDAR GAZA – Tiga kapal meninggalkan pelabuhan di Cyprus semalam bagi tujuan menghantar bekalan bantuan penting yang terdiri daripada makanan dan bekalan lain untuk rakyat Palestin di Gaza, lapor laman berita Wion.

Menurut kenyataan World Central Kitchen, kapal-kapal itu membawa barangan sedia untuk dimakan seperti beras, pasta, tepung, kekacang, sayuran dalam tin dan protein yang cukup untuk lebih satu juta hidangan.

Kapal tersebut turut membawa kurma, yang secara tradisi dimakan untuk berbuka puasa setiap hari pada bulan Ramadan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran berkaitan isu kebuluran di Gaza, terutamanya di kawasan utara wilayah itu.

Pihak berkuasa juga berkata bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan melalui laut dan udara tidak mencukupi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI