fbpx
Bazar Ramadan merupakan penyumbang kedua tertinggi sisa pepejal selepas kediaman. - GAMBAR HIASAN/ RAJA JAAFAR ALI

Bazar Ramadan penyumbang utama sisa makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebanyak 86,766 tan sisa makanan dilupuskan di 25 tapak pelupusan di bawah seliaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman berkata, angka itu mewakili 35.45 peratus daripada jumlah keseluruhan 244,756 tan sisa pepejal yang dilupuskan.

“Mengikut data yang direkodkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penyumbang utama sisa makanan adalah kediaman diikuti bazar Ramadan dan premis makanan, perhotelan serta sektor-sektor lain.

“Susulan itu, pelbagai inisia­tif dilaksanakan oleh SWCorp di bazar Ramadan di bawah Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran.

‘Kita juga menggalakkan pelaksanaan program infak dan memproses sisa makanan menjadi bahan kompos,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Husaini memberitahu, terdapat beberapa negeri yang turut me­nganjurkan inisiatif tambahan dalam usaha membantu mengurangkan sisa makanan di bazar Ramadan.

“Di Pahang misalnya, mereka melaksanakan Kompos@Bazar 2.0 di Padang Taman Kerang bagi memproses sisa makanan menjadi bahan kompos dan Infak Ra­madan Barangan Kitar Semula.

“Lebihan makanan ini akan diagihkan kepada institusi kebajikan yang memerlukan.

“Di negeri-negeri lain pula, mereka melaksanakan Kempen Jangan Gunalah bagi mendidik dan menggalakkan masyarakat supaya menggunakan bekas guna semula untuk membeli makanan bagi menggantikan plastik sekali guna,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan da­ta sisa pepejal dilupuskan, bazar Ramadan pernah mencatatkan pembuangan sisa makanan tertinggi berbanding purata bulanan sisa pepejal pada bulan lain di luar Ramadan.

“Kejadian ini direkodkan berlaku pada tahun 2019 yang mana seba­nyak 208,143 tan sisa makanan dilupuskan pada bulan Ramadan berbanding 200,996 tan pada bulan-bulan lain,” kata­nya.

Pada tahun-tahun lain, walaupun jumlah sisa makanan pada bulan Ramadan direkodkan lebih rendah berbanding bulan lain, namun ia menunjukkan pening­katan berbanding 2019 de­ngan jumlah 208,745 tan pada 2020, 239,988 tan (2021), 252,521 tan (2022) dan menurun sedikit tahun lalu kepada 244,756 tan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN