fbpx

Lelaki dituduh sebabkan kematian suspek kes cubaan rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Hau (dua dari kiri) yang dituduh sebabkan kematian suspek kes cubaan rompak serta Zaki Zabani (tiga dari kanan) dan Zazimi (tengah) yang didakwa cuba melakukan rompakan berkumpulan di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian ke atas seorang pemuda yang didakwa cuba merompaknya, minggu lalu.

Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di sebuah kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Mohd. Shazwan Idzauddin Ishak, 29, dengan melakukan satu perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah dengan kesalahan mematikan orang dengan salah.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di belakang sebuah bangunan di Kuala Kedah, dekat sini pada pukul 6.39 pagi, 19 Mac lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha sementara tertuduh diwakili peguam, Lim Wei Yong.

Banusha ketika prosiding memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000, namun peguam merayu jaminan paling minimum kerana tertuduh yang sudah berkahwin mengalami masalah kesihatan serta berpendapatan RM1,200 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis setiap bulan. Kes akan disebut semula pada 19 Mei depan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, dua lelaki iaitu Muhammad Zaki Zabani Osman, 28, dan Zazimi Hamid, 41, bersama Mohd. Shazwan Idzauddin dituduh cuba melakukan rompakan berkumpulan ke atas Boon Hau.

Muhammad Zaki Zabani dan Zazimi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI