fbpx

Harimau melompat 6 meter seberang sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi harimau berjaya melompat menyeberangi sungai. - WION

NEW DELHI –  Satu rakaman video jarang didapati yang menunjukkan  seekor harimau melompat menyeberangi anak sungai  menjadi tular dalam kalangan netizen India, lapor laman berita Wion News semalam.

Rakaman video itu dimuat naik  oleh pegawai Perkhidmatan Akaun Kereta Api India (IRAS), Anath Rupanagundi di platform X. Menurutnya, harimau itu  dirakam melompat sejauh 6 meter (20 kaki).

Ia bermula dengan seekor harimau berjalan ke arah sebatang anak  sungai di Taman Negara Sudarban, Benggala Barat. 

Tidak lama kemudian, harimau tersebut membuat lompatan  dan berjaya mendarat di seberang sungai. 

Klip video itu menerima pelbagai komen dan reaksi netizen.

“Wow, saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Ini  luar biasa,” kata seorang pengguna laman sosial X.

“Bayangkan kekuatan yang diperlukan pada kakinya untuk menolak haiwan seberat 150-200 kilogram  ini ke seberang sungai,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI