fbpx

50 tahun bawa ‘bayi batu’ dalam perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil meninggal dunia sehari selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ‘bayi batu’ yang berada di dalam perutnya selama 50 tahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Daniela Almeida Vera, 81, menjalani pembedahan mengeluarkan janin berkapur dari perutnya pada 14 Mac lalu. Menurut keluarga Daniela, wanita itu terlalu takut untuk berjumpa doktor bagi merawat masalah sakit perut yang dialaminya selama berpuluh-puluh tahun.

 

 

 

 

Hanya selepas imbasan tomografi 3D dilakukan, barulah ‘bayi batu’ yang tersembunyi sejak kehamilan terakhir Vera itu ditemui.

Keadaan luar biasa itu dikenali sebagai lithopedion. Ia berlaku apabila janin meninggal dunia tetapi tidak diserap oleh badan ibu.

Sebaliknya, ia kekal di dalam rongga perut dan mengeras membentuk cangkerang kalsium di sekelilingnya.

Vera yang berasal daripada suku pribumi berhampiran sempadan Brazil dan Paraguay, meninggalkan sebuah keluarga besar terdiri daripada tujuh anak dan 40 cucu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI