fbpx

[VIDEO] Padah tertinggal telefon, cermin kereta dipecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamera litar tertutup memaparkan seorang individu memecahkan cermin bahagian penumpang kereta tersebut.

PETALING JAYA – Tular satu video yang memaparkan adegan seorang individu memecahkan cermin sebuah kereta Proton Saga yang diparkir di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan Masjid Binjai, Kota Bahru, Ahad lalu.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan @fazzstore, individu yang dilihat menunggang motosikal Modenas Kriss 100 itu, mula mengendap dan menyuluh lampu ke dalam beberapa buah kereta yang lain sebelum memecahkan cermin Proton Saga berkenaan yang dipercayai ada telefon bimbit di dalamnya.

Selang beberapa saat sahaja, individu tersebut berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit yang dicurinya itu.

“Pakat sebar biar raya dalam lokap dia ni. kasihan pemilik Saga balik kampung sekejap saja, katanya isteri dia tergesa-gesan nak naik kapal terbang ke Kuala Lumpur malam tu.

“Semoga Allah mudahkan urusan, pakat beringat la masa parkir kereta nak pergi tarawih. Jangan tertinggal barang-barang berharga dlm kereta. Tuannya tertinggal telefon bimbit dalam kereta,” ujar Fazzstore yang tampil memuat naik rakaman kamera litar tertutup itu.

Difahamkan sehingga kini, individu tersebut masih belum dijejaki dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian, diminta untuk tampil memberikan maklumat di Balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

@fazzstorekelatePakat sebar biar rayo dlm lokap dia ni Naya ke owner saga klik kpg semeta jah, katanya bini dia lorak nak flight KL dh malam tu. Semoga allah mudahkan urusan, pakat2 beringat la maso parking keto nak gi teraweh jangan tertinggal bare2 berharga dlm keto Owner tertinggal tepon dlm keto♬ original sound – Fazzstore Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI