fbpx

DBKL agih bubur lambuk, dodol buat warga ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (kiri) bersama Kamarulzaman (tengah) dan Afdlin (kanan) membungkus bubur lambuk yang bakal diagihkan kepada pengunjung bazar Ramadan di pekarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bubur lambuk dan dodol yang dimasak dalam 37 periuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur edisi Mac 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, selain pengagihan bubur lambuk dan dodol, program ‘Food Waste to Wealth’ turut diadakan bagi menyokong usaha peralihan komuniti ke arah masyarakat rendah karbon.

“Hari ini, kami agihkan botol-botol kosong kepada peniaga di sekitar bazar Ramadan di sini supaya mereka boleh kumpul minyak masak yang digunakan untuk dikomersialkan.

“Sekiranya peniaga tersebut jual semula minyak masak terpakai, kami akan beli dengan harga RM2.70 sekilogram.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu para peniaga untuk menjana pendapatan sambilan dan juga sebagai galakan supaya orang ramai tidak membuang minyak masak terpakai begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar yang diadakan di Pekarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir dalam program sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Afdlin Shauki Aksan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI