fbpx
Gambar hiasan.

Ramai guru ‘kalah’ kena psikologi scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tahap kebimbangan (anxiety) yang tinggi antara faktor utama menyebabkan golongan guru mudah terperdaya dengan sindiket penipuan kewangan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon, berkata, situasi panik dan keliru ketika menerima panggilan mencurigakan menyebabkan mangsa gagal berfikir secara rasional.

Menurutnya, ia sekali gus membuka ruang kepada scammer melakukan tekanan psikologi termasuk ugutan untuk mempengaruhi keputusan ­mangsa.

“Perasaan cemas itulah yang membuatkan guru terlibat terus membuat tindakan sendiri. Selepas itu, baru terfikir apakah tindakannya itu betul atau tidak dan bertanya kepada orang lain. Sebaiknya abaikan sahaja panggilan yang tidak dikenali.

“Scammer ini ada ilmu psikologi, jadi mereka tahu kelemahan-kelemahan kakitangan awam, terutamanya wanita,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Fouzi

Beliau berkata, para guru ­perlu lebih peka dengan laporan dan maklumat berkaitan supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Pelbagai pengumuman juga sudah pun dibuat termasuk hebahan media, sosial media mahupun platform pendidikan kewangan (CSA Academy), tetapi perkara ini masih lagi berlaku.

“Sebabnya kadang-kadang mereka (para guru) tidak endah dengan apa yang kita berikan dan sampaikan, terutamanya mereka yang lebih gemar menyendiri sebab tu tidak suka berkongsi (masalah).

“Oleh kerana itu, NUTP telah bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Polis Diraja Malaysia untuk terus memberikan pendidikan kesedaran dan literasi kewangan kepada guru-guru,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan hasrat seorang wanita warga emas untuk menikmati tempoh persaraan dengan tenang berkecai apabila mengalami kerugian kira-kira RM1.01 juta selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon.

Dalam tempoh selama hampir dua tahun sejak September 2024, mangsa yang merupakan seorang pesara guru melakukan ­sebanyak 122 transaksi pemindahanwang ke dalam beberapa akaun yang diberikan oleh ­suspek.

Wang yang diserahkan ­kepada sindiket scammer tersebut melibatkan wang simpanan peribadi mangsa, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hasil jualan rumah, pinjaman ­peribadi wanita berkenaan selain gadaian barang kemas dan wang pelaburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN