PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak dipercayai dengan selamba membuang air besar di dalam sebuah premis, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai khususnya terhadap ibu bapa pelaku tersebut.
Tindakan kanak-kanak itu tular di media sosial selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Thread.
“Hari yang tak bertuah. Seorang kanak-kanak telah membuang air besar dan kecil di dalam premis. Kepada ibu bapa tersebut terima kasih sangatlah kerana tidak bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
“Keluar kedai macam tu ja, tak ada cakap maaf sikit pun dekat staf dan nak cuci najis anak dia, itu pun pelanggan lain datang maklumkan dekat staf ada anak pelanggan lain berak situ.
“Staf juga nak kena cuci najis anak anda. Kami sangat terkilan dengan cara ibu bapa tersebut yang tidak bertanggungjawab,” menurut hantaran berkenaan.
Ia mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang marah dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut apabila dipercayai tidak bertanggungjawab selepas anak mereka melakukan kesalahan itu.
“Ini kalau terjadi depan mata aku ni, kat situ juga aku jerit kat ibu bapa budak tu,” komen pengguna Thread Shedajuwahir.
“Dulu kedai saya pun ada budak China kencing tengah-tengah jalan. Saya tarik mak dia suruh lap kat situ juga. Tengking punya tengking, akhirnya mak dia buka baju anak dia lap kencing tu, puas hati aku,” komen Rororoseeu.
“Kasihan staf. Tak kisah lah budak tu normal ke tak, besar ke kecil ke, ibu bapa tu cuci lah najis anak kau,” komen Laylerly. – KOSMO! ONLINE
View on Threads













