PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Dave Williams, cucu kepada William Hanna, dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Williams yang kini bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas peluang menghadap Seri Paduka Baginda.
Beliau yang juga mempunyai kaitan dengan legasi animasi terkenal dunia itu merupakan cucu kepada tokoh yang mencipta pelbagai karya ikonik termasuk The Flintstones dan The Jetsons.
Dalam lawatan berkenaan, Williams turut berkesempatan melawat Istana Flintstones di Mersing semalam, yang dibina berinspirasikan kartun klasik berkenaan. – KOSMO! ONLINE














