DUNGUN – Muka dan kedua-dua belah tangan seorang pengusaha kedai makan melecur akibat disambar api tong gas memasak di premis perniagaannya di Kampung Nibong, di sini, hari ini.
Kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu berlaku sewaktu Zuraidah Ngah, 50, sedang memasak menu jualan kedai makannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi@Nasir berkata,
seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat insiden tersebut pada pukul 1.44 tengah hari.
“Sewaktu kejadian, mangsa difahamkan sedang memasak menggunakan tiga tong gas petroleum cair (LPG) sekaligus.
“Salah sebuah tong gas memasak itu dikatakan tiba-tiba kehabisan. Sewaktu wanita tersebut sedang menggantikan dengan baharu tiba-tiba iaterbakar sebelum percikan apinya menyambar muka dan tangan mangsa,” katanya di sini hari ini.
Yahaya berkata, Zuraidah telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE














