fbpx
Gambar hiasan

Wanita warga asing maut terjatuh tingkat 13 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi ketika sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menjalankan serbuan berkaitan kesalahan narkotik di premis berkenaan.

Menurut beliau, mangsa dipercayai cuba melarikan diri melalui balkoni unit tersebut sebelum tergelincir dan jatuh dari aras bangunan.

“Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi mendapati mangsa berada di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN