fbpx

JSJK, JSJN perlu tambahan pegawai, anggota – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN memotong riben sebagai simbolik perasmian Majlis Penerimaan Rasmi Police Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin di Hotel Berjaya Waterfront Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap keutamaan terhadap penambahan pegawai dan anggota bagi badan beruniform itu akan menumpukan kepada dua jabatan berkaitan jenayah global dan rentas sempadan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dua jabatan itu adalah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Katanya, kedua-dua jabatan itu mempunyai jumlah pegawai dan anggota yang kecil berbanding jumlah jenayah berkaitan yang semakin meningkat ketika ini.

“Berdasarkan nisbah anggota polis dengan penduduk yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seorang anggota dinisbahkan dengan seramai 330 penduduk. Di Malaysia, nisbah seorang anggota adalah kepada 275 penduduk, jumlah keanggotaan keseluruhan masih mencukupi.

“Namun begitu, JSJK ketika ini hanya mempunyai 2,100 pegawai dan anggota, manakala JSJN pula tidak sampai 5,000 pegawai dan anggota. Jumlah ini berbeza dengan seramai kira-kira 15,000 pegawai dan anggota bagi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Isu seperti ini perlu ditangani kerana jenayah siber seperti ‘scammer’ semakin meningkat, begitu juga jenayah berkaitan dadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penerimaan Rasmi Police Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin (PPM) di Hotel Berjaya Waterfront, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI