fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di SK Kampung Baru Tok Dor, Besut hari ini.

Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran pada pukul 1.13 tengah hari tersebut memusnahkan 100 peratus 13 bilik yang terdapat di dalam bagunan tersebut.

Bangunan terbabit menempatkan antaranya bilik simpanan buku teks, bilik muzik, kemahiran hidup, kesihatan dan tayangan, stor sukan serta koperasi sekolah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, seramai 15 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kebakaran sebaik menerima maklumat pada pukul 1.39 tengah hari.

“Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.18 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Mustafa berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN