fbpx
Gambar hiasan.

Harga runcit diesel turun 30 sen, RON95, RON97 turun 25 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 25 hingga 30 Jun dilaporkan turun sebanyak 30 sen dengan ditawarkan pada RM4.07 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, harga RON97 juga turun sebanyak 25 sen iaitu ditawarkan pada RM4.10 berbanding RM4.35 seliter.

Sementara itu, harga runcit RON95 juga turun 25 sen apabila ditawarkan pada RM3.47 berbanding 3.72 seliter.

“Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan, susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat.

“Namun begitu, pasaran petroleum global masih berdepan ketidaktentuan dalam jangka sederhana.

“Ia termasuk risiko rundingan damai tidak mencapai penyelesaian muktamad, pemulihan rantaian bekalan yang mengambil masa serta tahap inventori dan kos logistik yang masih belum kembali sepenuhnya kepada paras prakonflik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga terus komited untuk melindungi rakyat daripada
turun naik harga pasaran melalui subsidi bersasar di samping memperkukuh keterjaminan bekalan jangka panjang melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa termasuk Turkmenistan dan Rusia.

“Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan akan melaksanakan Budi Madani Diesel mulai 1 Julai bagi menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel di seluruh negara.

“Melalui mekanisme ini, pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak akan menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan MyKad.

“Manakala subsidi diesel bagi sektor strategik dan kritikal seperti nelayan, petani kecil, sektor komoditi dan pengangkutan awam darat terus dikekalkan,” katanya.

Bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat, katanya, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN