fbpx
Anwar ketika melakukan lawatan di Pos Dogotan hari ini. Foto PEJABAT PERDANA MENTERI

Anwar tinjau kesiapsiagaan Pos Dogoton di Pulau Banggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerja ke Sabah dengan mengunjungi Pos Dogoton di Pulau Banggi bagi meninjau tahap kesiapsiagaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Filipina.

Lawatan itu dilakukan sejurus beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina.

Menurut Anwar, Pos Dogoton merupakan antara pos keselamatan hadapan yang penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara di utara Sabah.
“Pos berkenaan memainkan peranan utama dalam mengawal ancaman pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Saya diberikan taklimat mengenai pelaksanaan operasi di sini sebelum dibawa melihat kawasan kepulauan berhampiran serta meninjau pengoperasian radar yang menjadi antara aset penting pemantauan keselamatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penugasan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi serta cuaca mencabar menuntut ketahanan mental, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan anggota keselamatan.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas mempertahankan kedaulatan negara di Pos Dogoton.

“Keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan pasukan dalam mempertahankan setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman adalah lambang pengorbanan yang jarang terlihat, namun menjadi benteng yang memastikan rakyat terus hidup aman dan tenteram,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN