fbpx
Mohd Nasharuddin menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Jeram Kedah, Ulu Beranang, Nilai hari ini.

Orang Asli bebas jenayah serius, hanya 1 kes ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Kadar jenayah membabitkan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan berada pada tahap terkawal apabila tiada kes jenayah serius direkodkan sepanjang tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasharuddin Mohd. Shariff berkata, setakat Januari hingga April tahun ini, hanya satu kes penyalahgunaan air ketum membabitkan seorang lelaki Orang Asli berusia 24 tahun direkodkan di Jelebu pada 1 April lalu.

“Sepanjang tahun lalu hanya dua kes dilaporkan berkaitan dadah. Secara keseluruhan, situasi jenayah membabitkan Orang Asli di negeri ini cukup baik dan tidak membimbangkan.
“Kerjasama yang ditunjukkan komuniti termasuk dalam menyalurkan maklumat kepada polis banyak membantu usaha pencegahan jenayah,” katanya pada Program Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di Perkampungan Orang Asli Jeram Kedah, Ulu Beranang, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN