fbpx
KEADAAN Ttreler yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Sedenak, Kulai pagi tadi. Foto IHSAN POLIS

Treler bergesel punca kemalangan enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Sedenan di sini pagi tadi dipercayai akibat berlaku pergeselan antara dua buah treler sebelum melibatkan empat buah kenderaan lain dalam perjalanan dari arah yang sama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 8.50 pagi itu berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 29 tahun cuba memotong sebuah treler lain yang dalam perjalanan dari arah utara ke Johor Bahru.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pergeselan dan melanggar bahagian kanan treler yang cuba dipotongnya itu sehingga menyebabkannya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

Jelasnya, empat buah kenderaan iaitu sebuah pickup, sebuah van dan dua buah lori yang berada dibelakang kedua-dua treler berkenaan hilang kawalan lalu melanggar treler jenis sha itu sehingga menyebabkan berlaku kebakaran.

“Dalam kejadian itu, seorang pemandu treler jenis telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah namun semua pemandu dan penumpang lima lagi kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulai serta Bandar Baru Kulai telah menantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa sebelum dirujuk ke Hospital Kulai,”katanya dalam kenyataan.

Menurut Seng Lee lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN