fbpx
Jerome Etame berjaya meledak hatrik ke atas Melaka FC, sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

Kuching City selangkah bergelar naib juara Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Kuching City semakin hampir melunaskan misi untuk meraih kedudukan naib juara Liga Super selepas menang 3-1 ke atas Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pemain sensasi The Cats, Jerome Mpacko Etame meledak jaringan hatrik pada minit ke-40, ke-71 dan ke-88 untuk menghadiahkan tiga mata penting buat pasukan pelawat.

Tuan rumah pula meraih gol saguhati hasil penyudah Muhammad Umar Hakeem pada awal babak kedua.

Keputusan itu membolehkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak merampas kedudukan kedua dari Selangor FC selepas dibezakan satu mata sahaja ketika saingan musim ini berbaki satu perlawanan.

Kuching City kini mengumpul 50 mata sekali gus semakin hampir untuk merangkul gelaran naib juara dan slot ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan bakal bertemu KL City pada aksi terakhir minggu depan.

Sementara itu, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, skuad Sabah FC meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Brunei DPMM hasil jaringan sepakan penalti Gabriel Peres. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN