fbpx

Cadangan kenaikan harga lantai belian padi diputus 20 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (dua kanan) menyantuni pengamal media pada majlis berbuka puasa di Cyberjaya, hari ini. FOTO-MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

CYBERJAYA – Kerajaan dicadangkan untuk menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,500 berbanding RM1,300 satu tan metrik sekarang.

Itu antara dua cadangan diterima NACCOL pada sesi libat urus bersama pemegang taruh termasuk pesawah, pemborong dan pengilang padi hari ini.

Cadangan lain ialah tambahan subsidi RM200 yang dimohon oleh pesawah daripada kerajaan bagi menampung kos pengurusan.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kenaikan harga lantai belian itu penting bagi melindungi petani tempatan daripada terjejas jika berlaku penurunan harga padi di pasaran global.

Beliau berkata, dua cadangan itu akan di bawa NACCOL pada mesyuarat pada 20 Mac ini untuk diputuskan.

“Cadangan itu dikemukakan bagi menampung kekurangan margin harga belian bagi setiap tan metrik oleh pengilang kepada pesawah. Ketika ini, harga belian padi ideal bagi setiap tan metrik adalah sekitar RM1,700.

“Pemberian subsidi RM200 penting bagi membolehkan pesawah menikmati keuntungan pada saat pengilang hanya mampu membeli harga padi pada harga RM1,500 per tan metrik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI