fbpx

Hanya 25 peniaga lulus permit jual mercun, bunga api di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menandatangani plak perasmian GTSP di sebuah stesen minyak di Chetok, Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Hanya 25 daripada 225 peniaga yang memohon permit bagi jualan mercun dan bunga api di seluruh Kelantan diluluskan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebanyak 200 lagi permohonan masih dalam proses penelitian dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, hanya bunga api yang dibenarkan seperti ditetapkan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kita mengguna pakai syarat yang sama iaitu hanya beberapa jenis mercun dan bunga api dibenarkan dijual bermula 16 Mac hingga 14 April ini.

“Peniaga perlu lebih berhati-hati menguruskan bahan tersebut memandangkan cuaca panas ketika ini dan berisiko kerana mudah terbakar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Go To Safety Point di Chetok, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, sehubungan itu, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak bermain bunga api kerana golongan tersebut terdedah kepada bahaya.

Menurutnya, orang ramai juga tidak perlu lagi membeli bunga api dan mercun secara haram kerana jualan bahan itu dibenar.

Tambahnya, polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan mercun di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI