fbpx

OPR kekal pada tiga peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Menurutnya dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan.

“Ekonomi global terus berkembang meskipun secara sederhana, disokong oleh permintaan dalam negeri berikutan aktiviti perdagangan yang bertambah baik.

“Sementara ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.7 peratus pada tahun 2023. Pada masa hadapan, pertumbuhan dijangka meningkat pada tahun 2024, didorong oleh pemulihan eksport dan perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan,” katanya.

Kali terakhir BNM menaikkan OPR adalah pada Mei tahun lalu, dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya dijadualkan pada 8 dan 9 Mei depan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, BNM mengumumkan paras rizab antarabangsa berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024, memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan serta perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI