fbpx
Nasi lemuni dengan lauk rendang ayam dan sambal ikan bilis yang dijual di Malim Nawar, Kampar baru-baru ini.

Ibu bersalin kekal awet muda makan nasi lemuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Nasi lemuni yang berwarna kelabu bukan sahaja enak dimakan dengan rendang ayam atau sambal ikan bilis tetapi dipercayai mempunyai banyak nilai kesihatan terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak.

Seorang pengusaha gerai makanan, Gerai Abang Ta & Kak Na di Malim Nawar di sini, Kalsom Abd. Rashid, 59, berkata, nasi lemuni mendapat nama kerana dimasak menggunakan daun lemuni.

“Menurut orang tua-tua dahulu, daun lemuni ternyata mengandungi pelbagai khasiat terutama bagi ibu yang baru melahirkan anak supaya kekal awet muda dan cantik.

“Tetapi jarang sangat ada orang boleh makan mentah-mentah begitu sahaja kerana rasanya yang pahit,” katanya.

Tambahnya, nasi lemuni ibarat nasi herba yang boleh dinikmati oleh semua orang dan tidak terhad kepada ibu sedang berpantang semata-mata.

“Bahan-bahan untuk membuatnya ialah daun lemuni, bunga telang, santan, serai, ha­lia dan bawang merah.

“Nasi ini juga boleh dimakan bersama sambal ikan bilis, rendang ayam atau daging yang pasti memikat selera,” katanya.

Dalam pada itu, Kalsom berkata, ada yang mendakwa nasi itu bagus untuk membuang angin dalam badan yang menjadikan badan seseorang lebih segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN