fbpx

UPSI buka sekolah rendah swasta di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pelajar pengambilan sulung sekolah swasta UPSI iaitu Sekolah Rendah Seri Budiman pada Hari Terbuka SRSB di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memartabatkan dunia pendidikan di negara ini dengan menubuhkan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB).

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, beliau optimis sekolah itu akan mencapai kejayaan, pembelajaran, dan pencapaian yang membanggakan.

“UPSI menyokong pendidikan di sekolah ini yang dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), malah konsep BITARA adalah pendekatan yang mampu memacu kejayaan tidak hanya di peringkat nasional tetapi antarabangsa.

“Tahniah kepada semua warga kerja Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan dan UPSI Holdings Sdn. Bhd. yang berjaya merealisasikan impian UPSI untuk mewujudkan sekolah swasta di dalam kampus tercinta ini selepas berusaha selama 12 tahun,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka SRSB di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini, hari ini.

Terdapat seramai 28 murid tahun satu yang merupakan pengambilan sulung bagi sekolah rendah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI