fbpx

Peluang pemain muda golf berentap di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanandan (tiga dari kanan) Bersama Rekha (dua dari kiri) dan Megat (dua dari kanan) pada sidang akhbar Kejohanan US Kids Golf Golf Malaysia 2024 di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Pemain muda yang akan berkampung di Malaysia untuk menyertai Kejohanan Golf Malaysia Kanak-Kanak Amerika Syarikat (AS) 2024 perlu mendapatkan skor 140 ke bawah untuk layak ke kejohanan dunia di Pinehurst, Utara Carolina Julai depan.

Pengarah Eksekutif Sports Excel C.Sivanandan berkata, skor itu dikira bagi dua daripada tiga pusingan perlawanan yang akan diadakan di Kelab Golf & Country Glenmarie di sini pada 5 hingga 7 Mac ini.

Katanya, kejohanan yang diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bertujuan untuk mencungkil bakat pemain muda selain memberi peluang kepada mereka untuk merebut tiket ke AS.

“Seramai 106 peserta berusia antara lima hingga 18 tahun daripada 16 buah negara akan menyertai kejohanan di sini. Daripada jumlah itu, 37 daripadanya adalah pemain tempatan.

“Ia merupakan pembangunan akar umbi sukan golf Malaysia. Ia dapat menggalakkan pemain muda ke luar negara untuk bertanding supaya boleh mendapatkan biasiswa sukan daripada AS bagi menampung karier dan akademik mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran Mazda, Rekha Shan dan Ketua Eksekutif Perbadanan Padang Golf Subang, Megat Mohd. Shahrin.

Menurut Sivanandan, Kejohanan Golf Malaysia Kanak-kanak AS yang mendapat penajaan utama daripada Mazda merupakan pusingan akhir bagi Jelajah Tempatan U.S Kids Golf Malaysia 2023 bermula 31 Okt hingga 2 Dis tahun lalu.

Tambahnya, kejohanan itu juga ibarat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia melibatkan ibu bapa yang akan menemani mereka di atas padang sama ada bertindak sebagai penyokong atau kedi.

Antara negara yang menghantar wakil termasuk Korea (17), Indonesia (12), India (7), China (6), AS (6), SIngapura (5), Thailand (4), Australia (3), Jepun (2) dan Filipina (2). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI