fbpx
MK K-Clique mengakui sudah lama tidak berhubung dengan bekas anggota kumpulan terbabit iaitu Tuju terutama selepas pemuzik itu memilih untuk bergerak solo.

‘Kami lama tak contact Tuju, masing-masing dah move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan pelakon MK K-Clique mengakui sudah lama tidak berhubung dengan bekas anggota kumpulan terbabit iaitu Tuju terutama selepas pemuzik itu memilih untuk bergerak solo.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin berkata, dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik untuk Tuju meski jalan mereka kini tidak lagi sehala.

“Saya secara jujur, sudah lama tak hubungi dia. Kalau ada kerja bersama, kita buat kerja kemudian habis begitu.

“Saya tiada komen apa-apa tentang Tuju cuma mendoakan yang terbaik buatnya. Saya pun nampak banyak lagu rilis sejak dia bergerak solo. Alhamdulillah, saya doakan karier dia terus berkembang maju dan rezeki sentiasa murah,” katanya kepada Kosmo! Online pada lawatan media di lokasi penggambaran filem terbaharu lakonannya, Black Ops semalam.

Kata MK, 30, tiada perancangan untuk menampilkan Tuju pada persembahan akan datang iaitu Urban Hip Hop di Megastar Arena 10 Mei depan.

“Untuk show nanti memang tiada Tuju. Kami masing-masing dah move on. Lama dah, hampir 3 tahun move on.

“Tuju dah buat keputusan dia, kami (K-Clique) pun dah buat keputusan kami. Kami masing-masing dah dewasa, kita sekarang jalani sahaja ke depan.

“Persaudaraan antara kami (termasuk Tuju) tak putus. Kalau orang itu datang kepada kita, kita akan bantu sehabis mampu, insya-Allah.

“Kalau ada kerja bersama, insya-Allah kami akan profesional macam tempoh hari kerja untuk lagu Risiko,” katanya.

Ditanya sama ada MK secara peribadi ada menjemput Tuju untuk menjayakan persembahan 10 Mei depan, jawabnya: “Sejujurnya, saya memang tak jemput sebab K-Clique tiada ketua, tiada apa — kami guna kata sepakat.

“Kami akan berbincang dan berkumpul. Kalau on (jadi), kami akan kasi jadi ikut majoriti.”

Terdahulu, Tuju atau nama sebenarnya, Muhammad Azree Shah Awang Zamree sah keluar daripada kumpulan K-Clique sejak akhir 2022 atas kehendak sendiri dan menafikan dakwaan dibuang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN