fbpx

Dua beranak ditahan kes tipu tuntutan bayaran pembekalan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Dua beranak ditahan kerana disyaki menggunakan dokumen tuntutan bayaran mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan minyak masak, empat tahun lalu.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 20-an itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kira-kira pukul 7.30 malam dan 10 pagi tadi.

Menurut sumber, dua beranak terbabit disyaki melakukan perbuatan itu bagi tujuan pembekalan minyak masak di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sedangkan bekalan tersebut tidak dilaksanakan.

“Mereka disyaki menggunakan lesen syarikat tempat mereka bekerja untuk membuat tuntutan palsu subsidi minyak masak peket satu kilogram dari sebuah kementerian antara Jun dan Julai 2020.

“Tuntutan tersebut mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak kepada premis peruncit dan pemborong di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan direkodkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI