fbpx

KDN, KSM ambil tindakan tegas majikan abai pekerja asing di Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang mengabaikan seramai 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dilaporkan di Cheras baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Stev Sim Chee Keong yang dikeluarkan tadi.

Menurut kenyataan bersama itu, KDN dan KSN telah melancarkan siasatan dan mendapati pekerja berkenaan terbiar tanpa disediakan pekerjaan serta penginapan kondusif oleh majikan mereka.

“Majikan juga dilaporkan gagal menjaga kebajikan pekerja daripada segi tempat tinggal dan makan minum.

“Mengikut rekod, majikan yang telah membawa mereka masuk pada November 2023 merupakan Syarikat Pembinaan Ricoler Sdn. Bhd.,” katanya.

Jelas kenyataan itu, KDN telah melaksanakan satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Putrajaya selain turut disertai pegawai Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti-Pemerdagangan Orang.

“KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia juga telah melaksanakan operasi siasatan ke atas majikan melibatkan undang-undang perburuhan,” jelasnya.

Katanya, kesemua mangsa yang diselamatkan dibawa ke JIM Putrajaya untuk urusan dokumentasi sebelum mendapatkan Perintah Perlindungan Interim.

Dalam pada itu, antara tindakan yang akan dikenakan KSM dan KDN kepada majikan terlibat antaranya mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) ekoran gagal menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja.

Tindakan di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) kepada majikan pula berikutan kegagalan membayar gaji kepada pekerja.

Kementerian terlibat juga akan menyenaraikanhitam syarikat terbabit daripada menggajikan pekerja asing pada masa hadapan serta membekukan baki kuota yang diperolehi syarikat itu.

Susulan itu, KDN dan KSM juga memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing agar sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI