fbpx

Terengganu isytihar Ahad sebagai Hari Batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (dua dari kanan) meninjau salah sebuah gerai pameran yang menjual batik Terengganu pada Karnival Beautiful Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengisytiharkan Ahad sebagai Hari Batik bagi seluruh penduduk negeri tersebut termasuk penjawat awam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, pengisytiharan tersebut bertujuan mempromosikan lagi industri batik tradisi negeri tersebut ke peringkat lebih tinggi.

“Etika pemakaian ini tidak terhad kepada penjawat awam sahaja sebaliknya kepada semua kakitangan swasta, usahawan dan golongan bekerja sendiri yang turut digalakkan memakai batik pada setiap Ahad.

“Inisiatif ini diharap dapat menjadi medium untuk mempromosikan lagi industri penghasilan batik Terengganu,” katanya selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu di Dataran Shahbandar di sini malam tadi.

Razali menjelaskan, arahan penjawat awam berpakaian batik pada setiap hari Khamis juga masih lagi berkuatkuasa.

Beliau berkata, penjawat awam Terengganu tetap tertakluk kepada garis panduan etika pemakaian yang akan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Dalam pada itu, Razali memberitahu penganjuran Karnival Beautiful Terengganu bertujuan merancakkan semula industri pelancongan domestik negeri ini.

Beliau berkata, karnival selama tiga hari berakhir hari tersebut menyasarkan lebih 150,000 pengunjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI