fbpx

Hegula pemanis semula jadi pengganti gula putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLI (dua dari kiri)  dan  Ahmad Asyraf (dua dari kanan) menunjukkan produk Hegula pada majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTM dan Baqi Hayyu Sdn Bhd di UTM Skudai, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pemanis semulajadi, Hegula hasil kajian formulasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menggunakan buah-buahan semulajadi boleh digunakan sebagai pengganti gula putih.

Pengarah Baqi Hayyu Sdn. Bhd., Ahmad Asraf Ramli berkata, Hegula menggunakan dua bahan utama iaitu buah Monk atau juga dikenali sebagai buah Sami dan Miracle (buah ajaib).

Ujarnya, kedua-dua bahan ini kaya dengan aktioksida daripada mogrosida dan miraculin, rendah kelori dan tanpa menggunakan gula sintetik.

“Idea untuk menghasilkan produk Hegula ini timbul apabila tercetusnya masalah yang kami hadapi pada tahun 2022.

“Pada tahun itu kami menghadapi masalah kekurangan gula sekaligus menyukarkan pengeluaran produk.

“Jadi kami mencari solusi dengan mencari pemanis yang boleh menggantikan gula dan disamping tu lebih sesuai serta bermanfaat kepada masyarakat.

“Tetapi kebanyakan pengganti gula di pasaran adalah berasaskan sintetik dan jika ada yang berasaskan semulajadi mempunyai masalah rasa aftertaste iaitu rasa kurang enak untuk diamalkan. Kami mendapati itu adalah kekurangan dalam industri pemanis,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Baqi Hayyu Sdn. Bhd.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias.

Baqi Hayyu Sdn. Bhd. merupakan pengeluar produk berasaskan makanan dan minuman tambahan dibawah jenama Hejja.

Menurut Ahmad Asraf, Hegula boleh untuk menggantikan gula kerana rasa yang hampir seperti rasa gula biasa malah lebih bermanfaat dan lebih baik berbanding gula biasa.

Ujarnya, misi dan visi Hejja adalah untuk mengeluarkan produk makanan dan minuman tambahan yang mempunyai kajian dan pilihan bahan yang bermutu.

“Seiring dengan memegang misi dan visi tersebut, dari situ tercetusnya idea mencari instituisi kajian yang terkemuka dan mempunyai standard yang tinggi.

“Kami memilih UTM kerana fasiliti yang lengkap, standard yang tinggi, pasukan penyelidik yang berketerampilan, dipercayai dan terbuka untuk bekerjasama dengan SME seperti kami,”katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, pembangunan inovasi berasaskan ilmu sedang diterapkan dalam pembangunan negara sekaliguskan dapat meningkatkan pembangunan ekonomi.

“Diharapkan dengan kerjasama antara UTM dan Baqi Hayyu menunjukkan peri pentingnya pembangunan produk atau inovasi berasaskan ilmu, produk yang dihasilkan adalah selamat dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI