fbpx
Penguat kuasa KPDN Perak menyita barang kawalan tepung gandum dan gula untuk jualan tanpa sebarang dokumen kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia di sebuah premis menjual perkakasan dan barangan membuat kek di Slim River, Tanjung Malim semalam. - FOTO IHSAN KPDN PERAK

Tepung gandum 7,813kg dan gula 1,056kg dijual secara haram disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita tepung gandum sebanyak 7,813 kilogram (kg) dan gula 1,056kg dari sebuah premis menjual perkakasan dan barangan membuat kek di Slim River di Tanjung Malim pada pukul 11.30 padi semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan tersebut dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya yang mendapati premis itu memiliki barang kawalan tepung gandum dan gula untuk jualan.

“Satu notis dibawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat pemilikan barang kawalan yang berada di premis tersebut.

“Hasil maklumbalas terhadap notis tersebut mendapati premis tersebut memiliki bekalan semasa tepung gandum sebanyak 7,813kg dan gula sebanyak 1,056kg.

“Peniaga juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan,” katanya di Tanjung Malim hari ini.

Katanya, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita sebanyak 7,813kg tepung gandum, 1,056kg gula dan dokumen-dokumen berkaitan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM21,862.32.

Tambah beliau, kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN