fbpx
Skuad B-19 meletakkan sasaran untuk mara sekurangnya ke peringkat separuh akhir pada kejohanan kali ini. - Foto ihsan FA Singapura

Skuad B-19 lulus ujian pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 Tahun (B-19) tahun negara membuka Kejuaraan ASEAN B-19 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan Singapura 3-0 di dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Teladan, Medan, Indonesia, sebentar tadi.

Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu hanya memerlukan 21 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Arif Aiman Zaaba yang menyudahkan sepakan sudut Arayyan Hakeem Norizam.

Gol tersebut menaikkan semangat skuad muda Harimau Malaya untuk menambah jaringan kedua menerusi penyudah Abid Safaraz Rozaidi enam minit sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku Hazman memastikan tiga mata buat pasukan negara apabila meledak gol ketiga pada minit ke-61 untuk menewaskan penjaga gol Singapura, Ilhan Hady Bin Mohamed Rezal buat kali ketipertamaga.

Kemenangan itu menyaksikan skuad B-19 berada di kedudukan kedua kumpulan, terikat tiga mata bersama Thailand yang membelasah Brunei 9-0 pada aksi petang tadi.

Malaysia yang pernah bergelar juara edisi 2018 dan 2022 turut bertemu dengan Brunei pada Jumaat nanti sebelum mengakhiri saingan kumpulan menentang pilihan, Thailand pada 8 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN