fbpx

[VIDEO] Luqman sah milik K.V. Kortrijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN HAKIM sah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab K.V. Kortrjick sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi skuad B-19 negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menandatangani kontrak profesional rasmi bersama kelab Belgium, K.V Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square sebentar tadi.

Pemain kelahiran Kelantan berusia 18 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun hingga 2025 bersama pasukan milik taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Vincent berkata, ini adalah detik bersejarah buat arena bola sepak Malaysia kerana Luqman menjadi pemain pertama negara yang beraksi di kejuaraan divisyen 1 Eropah di Liga Belgium.

“Saya sangat teruja menyaksikan Luqman akhirnya menandatangani kontrak profesional rasmi bersama K.V. Kortrjick walaupun pada awalnya pengurusan kelab tidak bersetuju kerana berpendapat Luqman masih muda.

“Namun, saya tetap bertegas supaya Luqman dipilih kerana dia adalah prospek yang bagus dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 pemain muda terbaik di dunia.

“Nasihat saya kepada Luqman apabila tiba di Belgium adalah menguasai bahasa Inggeris, main bersungguh-sungguh ketika diberi peluang dan paling penting, menjaringkan gol untuk membuatkan rakyat Malaysia bangga,” kata Vincent pada sidang akhbar sebentar tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI