fbpx
Tangkap layar detik kemalangan di KM36 Jalan Klang-Teluk Intan.

[VIDEO] Penunggang motosikal ‘ghaib’ selepas kemalangan dikesan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 36 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang berlaku ketika sebuah Perodua Myvi dalam perjalanan dari Hospital Tanjong Karang menghala ke Jeram.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata,
siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Beat tersebut berada di lorong kanan sebelum dipercayai secara tiba-tiba menukar haluan ke lorong kiri.

Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan motosikal berkenaan bergesel dengan Perodua Myvi terbabit sebelum penunggangnya terjatuh di atas jalan.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Setakat ini pihak polis masih mengesan penunggang motosikal bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi kira-kira seminit memaparkan detik kemalangan itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN