fbpx

Mbappe bakal penerima gaji termahal Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) sanggup menerima potongan gaji bersama Real berbanding bayaran mewah diterimanya di Paris ketika ini. – AFP

PARIS – Gergasi Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bakal menjadikan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe sebagai penerima gaji termahal kelab mengatasi nilai £10.3 juta (RM62.20 juta) setahun diterima Jude Bellingham dan Vinicius Junior.

Beberapa laporan di Sepanyol termasuk media berpe­ngaruh berpangkalan di Madrid, Marca melaporkan Mbappe, 25, bakal menerima gaji tahunan antara £12 juta (RM72.47 juta) hingga £17 juta (RM102.67 juta) termasuk bayaran bonus.

Difahamkan, Mbappe sedia menerima potongan gaji semata-mata mahu menyarung jersi Los Blancos musim depan berbanding kontrak lumayan sedang dinikmatinya di Parc des Princes bersama PSG iaitu £22 juta (RM132.86 juta) setahun.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila timbul spekulasi mengatakan pemenang ­Piala Dunia 2018 bersama Pe­rancis itu telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian lima tahun dengan Real sehingga 2029.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi seakan sudah tiada cara untuk meyakinkan Mbappe kekal beraksi di kota Paris memandangkan penyerang itu memutuskan untuk berhijrah secara percuma apabila kontrak berakhir hujung musim ini.

“Sudah tentu saya mahu Mbappe kekal kerana dia pemain terbaik di dunia ketika ini dan kelab paling ideal buatnya ialah Paris (PSG). Namun, saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa dan saya memahami keputusannya,” kata Al-Khelaifi.

Mbappe menyertai Les Pa­risiens daripada AS Monaco menerusi perjanjian pinjaman pada 2017 sebelum dibeli secara tetap dengan yuran perpindahan bernilai £155 juta (RM936.08 juta) setahun kemudian.

Sepanjang bersama PSG, Mbappe merekodkan 243 gol daripada 290 penampilan dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI