fbpx

Agrobank beri angpau, kereta Tesla kepada pelanggan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur Joseph (kanan) pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Keningau, Sabah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Agrobank melancarkan Kempen Heng Loong Huat-Menang Ang Pao RM888 dengan tawaran hadiah utama berupa sebuah kereta mewah jenis Tesla.

Tawaran itu merupakan sebahagian daripada Kempen Mega Million yang dilancarkan pada suku akhir tahun lepas.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, kempen Heng Loong Huat ini merupakan salah satu mani­festasi pihaknya untuk memberi kesedaran kemakmuran dalam kewangan.

“Kami berbesar hati untuk menyediakan ganjaran angpau kepada pelanggan setia bagi mengga­lakkan transaksi tanpa tunai dan keselamatan kewangan menerusi akaun simpanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di Keningau, Sabah baru-baru ini.

Pada majlis itu, Agrobank te­lah menyampaikan sumbangan berupa bantuan tunai berjumlah hampir RM15,000 kepada golo­ngan B40 yang memberi manfaat kepada sebanyak 145 komuniti Cina di Ansip. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI