fbpx

Polis siasat dakwaan Nik Elin diugut bunuh, cari pemilik akaun terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Elin Zurina.

KUALA LUMPUR – Polis menerima dan menyiasat tiga laporan daripada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mendakwa diugut melalui media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tiga laporan tersebut disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dipercayai ia susulan tindakannya memfailkan petisyen memohon deklarasi daripada Mahkamah Persekutuan bahawa 18 Seksyen di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak berperlembagaan kerana kesemua seksyen terlibat telah digubal dalam undang-undang Persekutuan.

“Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan arahan lanjut dan dua lagi kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, pihaknya turut meminta kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.

“Polis ingin memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan, sekiranya ingkar boleh disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujar beliau.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempatisyen bagi mencabar 18 peruntukkan enakmen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI