fbpx

Anak Norman, Abby dah nikah di Songkhla?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak ipar kepada isteri pertama Aslam mendedahkan bahawa segala yang dilaporkan media termasuk berita Marissa dan lelaki itu bernikah di Thailand adalah benar.

PETALING JAYA – Nama anak pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan hangat ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Perkara tersebut tular selepas sebuah portal berita mendakwa Marissa, 19, bernikah dengan Aslam tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki tersebut dikenali sebagai Misya yang pada ketika itu sedang menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, pernikahan mereka juga dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Difahamkan, hubungan Marissa dan Aslam dikatakan kembali terjalin selepas kontroversi yang melanda mereka sekitar September tahun lalu reda bahkan Aslam rujuk semula dengan Misya.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan daripada Norman dan Abby tidak berjaya apabila mereka tidak membalas WhatsApp mahupun menjawab panggilan telefon.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Marissa telah menutup ruangan komen bagi hantaran Instagramnya selepas dihujani dengan pertanyaan netizen mengenai dakwaan tersebut.

Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Selepas dihambat dengan kecaman, Marissa seterusnya tampil bersuara dengan mengakui kesilapan bagaimanapun tidak berasakan satu keperluan membuat pembelaan mempertahankan perbuatannya menjalin hubungan dengan suami orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI