fbpx

Caprice bagi ‘hint’ bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice mencadangkan untuk mengumumkan jantina anak mereka dengan cara yang paling ringkas.

PETALING JAYA – Penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice memberi bayangan bakal menimang cahaya mata lelaki, tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran video, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli dilihat melayan permintaan isterinya, Farra Inalis yang kini sedang sarat hamil untuk mengadakan sebuah majlis ‘gender reveal’ atau mengumumkan jantina bayi mereka.

“Abang, nak cakap sikit boleh? Ramai tanya tentang anak lelaki ke perempuan. Nak tak kalau kita buat gender reveal?

“Kalau lelaki kita pakai belon biru, kalau anak perempuan pakai belon merah jambu,” ujar Farra.

Bagaimanapun, Caprice memberitahu bahawa dia sangat sibuk dengan pelbagai urusan untuk mengadakan majlis tersebut, dan mencadangkan untuk mengumumkan jantina anak mereka dengan cara yang paling ringkas.

“Saya sangat sibuk dengan syarikat baharu, stok barang yang baru sampai. Apa kata kita buat majlis paling ringkas.

“Cuma letak gambar sahaja. Lepas letak gambar, netizen mesti tahu sama ada anak lelaki atau perempuan,” jawab Caprice.

Di pengujung video tersebut, penyanyi itu telah meletakkan gambar buah pisang, sekali gus memberi bayangan bahawa dia dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki.

Dalam ruangan komen, pasangan itu dibanjiri dengan doa dan ucapan tahniah daripada pengikut mereka dalam media sosial, yang turut berasa gembira dengan kelahiran bayi lelaki mereka nanti.

“Yes! Baby boy (bayi lelaki). Senang kerja, tak perlu membazir buat majlis umum jantina,” ujar seorang peminatnya.

“Madam (Farra) pakai baju warna biru. Pembayang kedua,” kata seorang lagi netizen.

“Ringkas dan mudah! Tahniah Caprice dan isteri,” ucap seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Caprice berkahwin denga Farra yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI