fbpx

Suspek kes bunuh ditembak mati, cuba serang polis dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH ALAM 31 JANUARI 2024. Anggota polis membawa suspek seorang lelaki warga Indonesia yang ditembak mati di sebuah rumah flat di kawasan Bukit Subang Shah Alam Selangor. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada wanita Indonesia yang ditemukan mati di tepi tangga di Desa Mentari, di sini, Isnin lalu ditembak polis ketika serbuan dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya melakukan serbuan pada pukul 5.50 petang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, serbuan melibatkan kes bunuh itu melibatkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Apabila tiba di alamat tersebut, pasukan serbuan telah mengetuk pintu beberapa kali namun tidak dibuka.

“Kemudian pasukan serbuan masuk ke kediaman itu dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum terlihat seorang lelaki tiba-tiba telah datang ke arah salah seorang pegawai serbuan dan menyerang pasukan serbuan dengan bersenjatakan parang.

“Untuk mempertahankan diri, pegawai serbuan telah melepaskan tembakan ke arah suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut didapati suspek meninggal dunia.

Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemukan maut dengan kesan kecederaan di badannya di tepi tangga lift di tingkat lima Blok 5, Desa Mentari, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pada 6.30 pagi ini berkaitan penemuan wanita itu.

“Mangsa berusia lingkungan 19 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan di dada, leher dan kedua belah tangan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI