fbpx

Penternak rugi RM29 juta akibat demam babi Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Sebanyak RM29,573,180 kerugian direkodkan akibat penyakit demam babi Afrika (ASF) di Pulau Pinang sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, jumlah tersebut dinilai berdasarkan anggaran keseluruhan babi yang dilupuskan akibat penyakit itu iaitu sebanyak 27,344 ekor.

Katanya, ketika ini, semua penternak yang terlibat iaitu seramai 20 orang juga telah menerima pampasan masing-masing yang secara keseluruhannya berjumlah RM6,025,600.

“Di Pulau Pinang, kes ASF terakhir yang dikesan adalah setakat bulan Mac 2023 sahaja dan selepas itu tidak ada lagi kes baharu.

“Hal ini demikian mungkin disebabkan oleh kaedah ‘stamping out’ yang kita (JPV Pulau Pinang) amalkan dan kaedah tersebut terbukti berjaya. Bagaimanapun, pemantauan lanjut masih dijalankan di ladang-ladang (babi) sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa Majlis Pembentangan Laporan Penguatkuasaan di Bawah Perundangan JPV Pulau Pinang bagi tahun 2023 di ibu pejabat JPV negeri di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Saira Banu berkata, pihaknya telah meluluskan sepenuhnya 15 daripada 116 permohonan pemilik ladang babi untuk menternak haiwan berkenaan pada tahun ini.

Jelas beliau, 85 lagi permohonan diluluskan secara bersyarat, lima permohonan terpaksa ditolak manakala baki 11 permohonan lagi belum diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI