fbpx

Pencuri gagal curi ubi keladi, tertinggal motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaku cuba memasukkan ubi keladi ke dalam guni sebelum dikejar tuan rumah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pencuri gagal melarikan ubi keladi dari sebuah rumah dan tertinggal motosikalnya di lokasi kejadian.  

Laman berita Suara.com melaporkan, kejadian berlaku di Singkawang, wilayah Kalimantan Barat pada Khamis lalu. Video kejadian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan.

Suspek pada awalnya memanjat pagar rumah berkenaan. Dia menghampiri selonggok ubi keladi yang berada di atas lantai sebelum memasukkannya ke dalam sehelai guni.

Tindakan suspek disedari penghuni rumah tersebut. Dia menjerit meminta tolong sebelum cuba mengejar pencuri tersebut.

Suspek yang panik melepaskan guninya sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian. Akibat tergesa-gesa, dia meninggalkan sebuah motosikal dan topi keledar di halaman rumah mangsa.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ubi keladi tak dapat, motosikal pun hilang,” komen seorang netizen.

“Motosikal tertinggal, tangan gatal kena keladi,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI