fbpx

Menggosok baju tugas Johan, saya fobia – Ozlynn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZLYNN bersyukur Johan sanggup mengambil alih tugas menggosok baju.

PETALING JAYA – Fobia insiden menggosok baju sehingga terbakar, pelakon Ozlynn bersyukur dikurniakan pasangan yang banyak membantunya melakukan kerja rumah.

Ujar pemilik nama penuh Rozlinawaty Ismail itu, dia tidak pernah memaksa sebaliknya perkara tersebut telah dibincangkan sejak awal perkahwinan dan tugas menggosok pakaian diserahkan kepada Johan.

“Siapa macam saya risau nak gosok baju? Saya pernah gosokkan baju mak, tak tahu apa yang salah sehingga berlubang baju sutera itu. Jadi, saya fobia sampai sekarang.

“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (Johan) yang akan tolong gosok baju saya.

“Memang kami sudah bincang hal ini sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju yang sedia elok, lebih baik dia yang gosok. Sampai sekarang memang Johan yang akan gosok semua baju,” katanya menerusi sebuah video dalam Instagram.

Aktres berusia berusia 43 tahun itu turut mengakui dirinya tidak pandai menggosok baju kerana sudah terbiasa diuruskan bapanya sejak kecil.

“Keluarga saya tidak pandai gosok baju sebab dari kecil abah yang buat semua selain turut mencuci baju serta kasut sekolah kami.

“Abah bekerja sebagai anggota beruniform, jadi dia sangat cerewet dan cukup teliti apabila gosok baju.

“Kesannya, semua anak-anak tidak tahu gosok baju,” ujarnya.

Ozlynn dan Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI