fbpx

Mayat lelaki tidak sempurna ditemui dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sempurna di dalam parit di Ladang Kelapa Sawit Sime Darby di Sungkap Para di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna ditemui di kawasan parit di sebuah ladang kelapa sawit di Sungkap Para di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya,Penolong Penguasa Bomba, Azahari Abdullah berkata,enam anggota termasuk pegawai dari balainya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.27 petang semalam.

“Setibanya di lokasi, mayat seorang lelaki yang tinggal rangka pada separuh bahagian badannya ditemui terlentang di dalam parit berkedalaman hampir satu meter tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai berusia lingkungan 50-an dan identiti sebenar belum dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada pukul 6.30 petang semalam.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang merupakan seorang buruh dan tinggal di Taman Merpati,Sungai Lalang dipercayai terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan yang dipenuhi air ketika melalui selekoh di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau.

“Berdasarkan pemeriksaan, mangsa dikesan telah berada di dalam parit itu lebih daripada 10 hari lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI