fbpx

Banjir gelombang keempat, 6 sekolah Terengganu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Pasir Raja yang merupakan antara sekolah terjejas banjir di Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak enam sekolah di seluruh Terengganu terpaksa ditutup hari ini ekoran banjir gelombang keempat yang melanda negeri ini sejak kelmarin.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, kesemua enam sekolah ditutup ekoran dinaiki air termasuk melibatkan laluan masuk.

“Tiga sekolah yang ditenggelami banjir di Dungun ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, SK Kuala Jengal dan SK Kampung Shukor.

“Selain itu, SK Bukit Tadok dan SK Kua, Hulu Terengganu serta SK Kampung Buloh, Setiu juga terjejas banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jelani memberitahu, tiga lagi sekolah di Setiu pula sedang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Jelas beliau, tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap, SK Seri Kasar dan SK Kampung Bukit.

“Ketiga-tiga sekolah itu masih meneruskan sesi pembelajaran hari ini kerana mangsa banjir di tempatkan di bangunan berasingan.

“Dua PPS yang dibuka di SK Kuala Abang, Dungun dan SK Padang Mengkuang, Marang sebelum ini pula telah ditutup sepenuhnya semalam ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI